Begitu pantas masa berlalu, tanggal 151009 genaplah 6 purnama kehidupan Ummi Wafa dan Wafa bersama Abah Wafa di Arab Saudi. Sepanjang kehidupan kami sekeluarga di bumi barakah, pelbagai peristiwa telah berlaku antaranya pertama kali menunaikan umrah ketiaka berpuasa, berpuasa di perantauan dan berhari raya tanpa sanak saudara di sisi.
Rasa teruja untuk merasai sambutan Ramadhan di Kota Mekah tidak dapat dibendung lagi setelah Abah Wafa mengkhabarkan berita gembira ini seminggu sebelum berakhirnya Ramadhan 1430H, girang tak terkata dan bersyukur sangat padaMu Ya Allah kerana masih ada lagi ruang untuk kami di sana walaupun tugasan kerja Abah Wafa sememangnya padat. Kunjungan UW kali ini bersama dengan keluarga Kak Milah & Abg Zack. Kami bertolak dari Yanbo' pada pukul 10.30pagi 18Sept09 bersamaan 28 Ramadhan 1430H dan tiba di Tanah Haram pada pukul 2.30ptg. Kami target untuk selesaikan rukun umrah sebelum masuknya waktu Maghrib. Namun memandang jemaah yang begitu ramai dan padat, terpaksalah UW bergilir2 melakukan tawaf tanpa mendukung Wafa bersama. SubhanAllah, banyaknya hambaMU mengambil peluang dalam pecutan terakhir ini, hampir sejam untuk UW dan Kak Milah tamatkan 7 pusingan. Alhamdulillah, walaupun tawaf ketika mentari masih condong di kepala, sedikit pun tidak rasa penat atau pun haus. SubhanAllah, sungguh nikmat saat itu. Aku ingin kembali lagi dalam suasana itu.
Saat menunggu Ummi dan Ibu melakukan tawaf umrah
Chakk, nak air zamzam tak?
Selesai melakukan tawaf kami ke Bukit Safa untuk melakukan ibadat Saei. Sepanjang laluan dari Safa ke Marwah ramai dermawan-dermawan yang berhati mulia menghadiahkan pelbagai jenis kurma dan roti untuk hidangan berbuka nanti. Begitu banyak sekali kotak-kotak dan plastik-plastik besar yang tersusun di tepi dinding menanti untuk dihadiahkan kepada jemaah. SubhanAllah, indah sungguh permandangan itu. Tidak ketinggalan juga ada yang sudi dengan sukarela terpacak berdiri memegang kotak-kotak tisu bagi menghadiahkan kepada jemaah tanpa sebarang bayaran. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Bagi anak2 kecil seperti Wafa dan Mia pasti saja mendapat hadiah gula-gula dan cokelat bar yang sememangnya menjadi kegemaran mereka. Ada juga segelitir jemaah yang berebut-rebut ketika cuba mendapatkan makanan yang diberikan. Astagfirullah, kenapa perlu berkeadaan sebegitu rupa? bukankah kalian berpuasa? andai ada secalit rasa sabar pasti kelakuan mereka tidak seperti kanak-kanak kecil yang berebut-rebut untuk mendapatkan gula-gula.
Ketika Saei'- pusingan ke 4 belum tamat terpaksa berhenti untuk berbuka puasa
Hanya tiga biji tamar dan air zamzam sudah memadai untuk kami berbuka.
Ketika pusingan ke 4 Dari Marwah ke Safa sebelum tiang-tiang hijau, waktu berbuka berbaki 10minit lagi. Kami mencari ruang-ruang kosong untuk kami bertapak, alhamdulillah masih ada untuk kami. Walaupun laungan muazzin telah berkumandang Kak Milah masih lagi mencari air zamzam untuk kami berbuka, sementara UW menjaga anak-anak. Ada sedikit kecewa di raut wajah Kak Milah, bilamana air zamzam ada cuma cawan tiada. Kami hanya tersenyum sementara menanti abah wafa dan ayah Mia mencari tempat kami berhenti. Sebenarnya kami tidak berpeluang untuk menerima sumbangan hadiah-hadiah di "jalanan' tadi, kerana kami fikir untuk menyelesaikan rukun yang lebih wajib lagi dan tidak mahu berasak-asak dan berebut-rebut untuk sepeket kurma atau roti kerana kami yakin masih ada lagi rezeki kami yang Allah sediakan. Syukur, alhamdulillah, masih ada lagi jemaah di belakang dan di depan kami yang sudi berkongsi nikmat yang Allah s.w.t untuk seteguk air zamzam dan beberapa biji buah tamar buat kami apabila mereka sedar yang kami belum menjamah apa-apa makanan atau minuman. Semoga Allah membalas atas segalanya.
Selepas siap Rukun Umrah, makan di Dsaji
Waktu renggang berbuka dan solat maghrib tidak lama, lebih kurang 15-20minit. Setelah selesai solat Maghrib berjemaah kami meneruskan ibadat saei dan tahalul. Kemudian kami ke Dsaji untuk mengalas perut bagi menambahkan sedikit tenaga untuk kami menunaikan Terawih terakhir untuk tahun ini. Namun, sangat mendukacitakan bilamana azan Isya' berkumandang kami masih lagi mencari-cari saf untuk solat berjemaah. SubhanAllah, lautan manusia di dataran Haramain. Hendak membolosi pintu-pintu masjid sememangnya sudah terhalang oleh pegawai-pegawai yang bertugas. Bila iqamah dilaungkan kami terpaksa membuat saf 'terlarang' yang mana di luar garisan merah @ di jalan-jalan utama laluan jemaah. Selesai sahaja imam memberi salam semua jemaah di dalam saf-saf 'terlarang' dihalau oleh pegawai. Kami terpaksa bergegas lagi mencari-cari ruang dan saf untuk bertarawih, masih mencuba nasib untuk membolosi pintu utama. Terkedu dan menitis airmata UW bilamana 3 orang makcik dalam linkungan 50an-60an yang membuat saf 'terlarang' di tepi pintu masuk jatuh tergolek saat sejadah yang dibentangkan mereka disentap oleh pegawai yang bertugas. Salah seorang daripada mereka ada yang tersembam muka dan dagu ke lantai. Astagfirullah. Sebenarnya pegawai itu sudah berkali-kali melarang mereka agar tidak bersolat di situ, oleh kerana kedegilan mereka tidak menuruti arahan maka padah yang diterima. Dimanakah hilangnya sifat perikemanusian? Siapakah yang patut dipersalahkan.
Suasana sebelum solat Isya' terakhir Ramadhan 1430H
Permandangan dari Dsaji Restoran selepas menyambut kemenangan Ramadhan 1430H
Walaupun kemeriahan dan sambutan Aidilfitri tidak sehebat dan semeriah di Malaysia, tapi kami sekeluarga tetap bergembira dipagi 1 Syawal yang julung-julung kalinya disambut di Tanah Haram bersaksikan kiblat umat Islam seluruh dunia. Kebetulan hari sebelum 1 Syawal dan selepas itu jatuh pada hari cuti bekerja Abah Wafa, jadi kami berpeluanglah untuk meraikannya bersama hampir 7 juta (laporan akhbar Saudi) jemaah yang beriktikaf di Haramain pada Ramadhan 1430H tahun ini.
Dari kiri AbahWafa, Cik Lie, Ayahanda, Bonda, UmmiWafa, Wafa, Kak Milah dan Mia
Dari kiri Abg Zack,Bonda,Ayahanda,Cik Lie dan AbahWafa
Bersama bonda berlatar belakangkan Haramain dari tingkat 21
Sesuatu yang tidak dirancang dan tidak direncanakan terjadi pada malam yang penuh syahdu bersaksikan kiblat yang satu dan di bawah bumbung yang satu, yang mana UW terlah bertemu dengan pemilik blog Pengalaman Di Kota Mekah iaitu Cik Lie serta 1st blogger oldtimer AyahandaBonda yang cukup ramah dan mesra di 'rumah' Cik Lie iaitu di Hotel Safwah Royale Orchid. Setiap tutur kata dan gelak tawa mereka mengingatkan UW pada ibu dan ayah serta mertua di Malaysia, jelas diwajah mereka terpancar kasih sayang seorang ibu dan ayah yang sangat kami rindui selama ini. Walaupun pertemuan kami hanya untuk seketika cuma, tapi ianya sangat signifikan dan memberi seribu makna buat UW sekeluarga kerana hubungan itu masih utuh setelah ayahandabonda menobatkan kami sebagai anak angkat mereka. Semoga ukhuwwah wa mawaddah yang terjalin antara kita akan tersimpul padu dan mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa. InsyaAllah. Terima kasih Cik Lie kerana sudi menjemput kami bertandang ke rumah pada malam umat Islam menyambut kemenangan Ramadhan :D, moga kunjungan UW sekeluarga seterusnya nanti untuk bermalam di "Rumah Besar" Cik Lie. Hihihihi kena tunggu ada offer laaa yer Cik Lie. Ada ker? hahaha
Seawal 3.30pagi kami telah bersiap untuk ke Masjidil Haram untuk bersolat Subuh dan solat sunat Eidulfitri sejam selepas Subuh bagi mencari ruang di dalam masjid jika terlambat terpaksalah bersembahyang di dataran luar yang sememangnya telah dipenuhi oleh jemaah, Alhamdulillah masih ada sedikit ruang untuk kami di dalam masjid. Kesihan Wafa, waktu tidurya sudah tidak menentu. Sudahlah balik ke bilik pada malam yang penuh syahdu tuu hampir jam 12mlm, mata baru saja nak terlelap Ummi dan kejutkan untuk bergegas ke masjid. Semoga Allah s.w.t juga melimpahkan jutaan rahmat buat anakku yang terpaksa berkorban waktu tidur dan waktu mainnya untuk sama-sama beriktikaf di dalam masjid. SubhanAllah.
Persiapan menyambut kemenangan Ramadhan kali ini sangat sederhana dan UW tidak perlu lagi fikir tentang aneka jenis kuih-muih (duk mesia tak pernah buat pun, beli jer), baju raya tema warna apa @ berapa pasang, perabot baru ker, tukar langsir baru ker dan yang seangkatan dengannya. Itu semua tiada dalam diari sambutan raya di perantauan. Hanya baju baru untuk si anak bertuah sahaja yang kami belikan, supaya Wafa dapat menikmati suasana raya walaupun dia sebenarnya masih tidak mengerti apakah itu hari raya, yang pastinya setiap kali hendak pakai baju itu pasti yang terkeluar dari mulutnya "ini baju raya Wafa".Bersarapan dipagi Syawal sebelum menziarahi teman2 yang bermastautin di Mekah
Get ready to check out
Walaupun berpagi raya bukan di kampung halaman, kami semua tetap menikmati aneka juadah yang biasanya terhidang dimeja walaupun tak sama tapi rasa tuu tetap ado. Hotel Muhajirin (kawasan 'masjid kucing') tempat kami bermalam juga menyediakan juadah-juadah yang menepati citarasa rakyat Malaysia antaranya masak lodeh, nasi impit, kuah kacang, mee hoon goreng, nasi lemak, dodol, agar-agar, air sirap, etc. Terima kasih buah suami Kak Ejalz iaitu Cik Amie yang sudi tempah bilik2 hotel untuk kami sekeluarga dan keluarga Kak Milah & Abg Zack. Kalau tanpa bantuan Cik Amie pasti agar sukar untuk kami mencari bilik-bilik hotel di akhir2 Ramadhan yang sememangnya mahal dan agak sukar untuk mendapatkan bilik2 pada waktu kemuncak begini. Di rumah Kak Ila; Dari kiri Kak Rini&anak, Kak Ila, Kak Ija, Kak Ros, Wafa&UmmiWafa, Mia&Kak Milah, Isma
Kaum-kaum ayah di rumah Hj.Khuzz (duduk dari kanan)
Di rumah Kak Niza & Abg Azam, bersama emak dan ayah Abg Azam yang datang buat umrah dan menyambut raya di Mekah
Sebelum meninggalkan Tanah Haram, kami sempat menziarahi dan berhari raya di rumah teman2 yang baru kami kenali dan ketemui di Dsaji. Terima kasih buat Kak Niza & Abg Azam sekeluarga dan Kak Ila & Hj.Khuzz sekeluarga atas jemputan dan juadah yang disediakan. Pelbagai juadah yang enak terhidang buat kami dan teman-teman yang lain antaranya nasi dagang, rendang, nasi impit, kuah kacang, aneka kuih raya, nasi minyak, masak lodeh, dan macam-macam lagi. Selain dapat menjamu selera, UW juga dapat mengenali teman-teman baru yang tinggal di Mekah dan Jeddah antaranya Kak Ija, Kak Ros, Kak Rini, Isma. Semoga jalinan persahabatan yang terbina ini akan kekal buat selamanya. Memang puas hati laa sambutan raya di Mekah Al-Mukarramah. Semoga tahun depan kami diberi lagi peluang untuk berhari raya di sana. InsyaAllah.
Sempena meraikan kehidupan kami sekeluarga selama 6 bulan di Arab Saudi, UW sekeluarga bersama keluarga Kak Zah & Abg Malek telah menunaikan umrah buat sekian kalinya pada 13 Oktober 2009. Sangat seronok dan begitu nikmat sekali melaksanakan Rukun Umrah pada saat dan waktu renggang antara Syawal dan Zulkaedah, yang mana tiada kunjungan jemaah dari luar Saudi. Berpeluang mengucup Hajar Aswad dengan begitu mudah hanya beratur untuk 2-3 minit sahaja, dapat berdoa di depan Multazam dgn jarak 2 kaki sahaja dan berpeluang solat di Hijir Ismail tanpa perlu berebut-rebut. Nanti Ummi Wafa sambung lagi cerita2 menjadi tetamu Allah dalam waktu yang sangat indah ini...
Saturday, October 17, 2009
Sudah Enam Purnama
Cerita Ummi Wafa (UW) Post a comment (10) Links to this post
Berkenaan Eidulfitri, Mekah, Sahabat, Umrah, Ziarah
Saturday, September 5, 2009
Lanjutan Info WANITA, HAID & JUNUB
Salam Ramadhan,
Jom kita pakat segar2kan minda kita dengan maklumat yg lebih jelas, nyata dan bernas. Semoga kita semua dapat meningkatkan dan mengekalkan amal ibadah kita di bulan yang penuh barakah ini. Terutamanya kita wanita yang semestinya tidak dapat lari dari 'penyakit ini' untuk terus berpuasa dan solat sudah semestinya diHARAMKAN. Tetapi ibadah lain seperti membaca AL-Quran dan bertadarus masih boleh diteruskan.
N3 ini UW bulat2 copy & paste untuk santapan rohani teman2 yang sudi mengjengah rumah yang dah bersawang ni..hihihi.. kesinambungan dari N3 sebelum ini (HUKUM WANITA YANG DIDATANGI HAID MEMEGANG AL-QURAN) Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Nawawi Subandi untuk penjelasan yang sangat padat denga dalil, nas dan hadis.
SEKITAR PERSOALAN AMALAN WANITA YANG DIDATANGI HAID
SOALAN:
Apa hukumnya seorang wanita berhadas besar seperti dalam keadaan haid untuk duduk belajar, mendengar ceramah (kulliah) atau diam di dalam masjid? Apakah dibolehkan atau diharamkan? Tolong jelaskan dengan dalil-dalil dari al-Quran dan hadis sahih serta penjelasan dari syara.
JAWAPAN:
Tidak mengapa (dibolehkan) bagi wanita yang sedang kedatangan haid atau berhadas besar (berjunub) belajar, membaca al-Quran, mendengar kulliah (ceramah) dan diam di dalam masjid. Malah dibolehkan duduk atau tinggal lama di dalam masjid walaupun dalam keadaan berhadas besar seperti semasa kedatangan haid. Adapun dalil-dalil dari syara yang membolehkan ialah:
1 - Imam al-Bukhari telah memberi sebuah judul dalam kitab sahihnya dalam persoalan yang berkaitan dengan perkara ini (perempuan duduk atau tidur di masjid):
بَابُ نَوْمِ الْمَرْأَةِ فِى الْمَسْجِدِ
“Bab: Tidurnya Perempuan di Dalam Masjid”.
Dan berikut ini adalah hadis sahih berupa penjelasan dari ‘Aisyah radiallahu ‘anha iaitu tentang seorang hamba perempuan berkulit hitam, ia menjadikan masjid sebagai tempat tinggalnya (duduk menetap) di masjid, ia bekerja sebagai pembersih masjid maka ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا ، أَنَّ وَلِيْدَةً كَانَتْ سَوْدَاءَ لِحَيِّ مِنَ الْعَرَبِ فَأَعْتَقُوْهَا فَكَانَتْ مَعَهُمْ ، قَالَتْ : فَجَاءَ تْ اِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَسْلَمَتْ ، قَالَتْ عَائِشَةُ : فَكَانَتْ لَهَا خِبَاءٌ فِى الْمَسْجِدِ أَوْحِفْشٌ.
“Dari ‘Aisyah radiallahu ‘anha ia berkata: Sesungguhnya ada seorang hamba perempuan berkulit hitam milik salah seorang suku dari bangsa Arab, lalu dimerdekakannya, kemudian ia pun tinggal bersama mereka. Berkata ‘Aisyah: Kemudian perempuan itu datang kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan masuk Islam. Berkata ‘Aisyah: Dan perempuan itu mempunyai khemah (tempat tinggal) di dalam masjid (sebagai tempat penginapannya)”. (H/R Bukhari, 439)
Tentunya perempuan (hamba berkulit hitam) yang diceritakan oleh ‘Aisyah sama seperti perempuan-perempuan yang lain, setiap bulan pasti kedatangan haid, tetapi tidak pernah ada pengecualian dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam agar beliau keluar dari masjid semasa beliau kedatangan haid. Ini menunjukkan bahawa perempuan yang kedatangan haid (sedang berhaid) tidak dilarang (tidak haram) masuk dan duduk di dalam masjid. Sama ada untuk belajar atau mendengar ceramah atau kulliah.
Hadis ini dikuatkan lagi dengan hadis seterusnya:
عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً أَسْوَدَ – (أَوْ اِمْرَأَةً سَوْدَاءَ) - كَانَ يَقُمُّ الْمَسْجِدَ ، فَمَاتَ ، فَسَأَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْهُ فَقَالُوْا :مَاتَ. قَالَ : أَفَلاَ كُنْتُمْ آذَنْتُمُوْنِيْ بِهِ ، دُلُّوْنِيْ عَلَى قَبْرِهِ (أَوْ قَالَ : قَبْرِهَا). فَأَتَى قَبْرَهُ فَصَلَّى عَلَيْهِ.
“Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu beliau berkata: Bahawasanya ada seorang lelaki berkulit hitam (atau seorang perempuan berkulit hitam), yang bekerja membersihkan masjid telah meninggal, lalu Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bertanya tentang perempuan tersebut, mereka berkata: Ia telah meninggal. Baginda bersabda: Mengapakah kamu tidak memberitahu kepadaku berkenaan kematiannya, tunjukkanlah kepadaku kuburnya. Lalu baginda pergi kekubur lelaki tersebut (atau perempuan tersebut) kemudian baginda bersolat untuknya”. (H/R Bukhari 458,460 dan 1337)
Menurut al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah, bahawa hamba yang meninggal yang bekerja sebagai pembersih masjid tinggal (menetap) di dalam masjid, dia adalah seorang hamba perempuan. Oleh kerana tidak ada larangan dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam untuk hamba ini tinggal (menetap lama) di dalam masjid, walhal sudah dimaklumi setiap perempuan pasti kedatangan haid disetiap bulan, namun tidak ada pengecualian dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam agar beliau keluar semasa kedatangan haid, malah tidak pernah ada perintah agar hamba ini keluar semasa kedatangan haid. (Lihat: Fathul Bari, syarah hadis 458. Ibn Hajar) Maka dengan kenyataan ini, amat jelas bahawa tidak ada larangan bagi perempuan yang berhadas besar dan kedatangan haid untuk duduk, belajar atau mendengar ceramah di dalam masjid.
2 - Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pernah menyuruh ‘Aisyah radiallahu ‘anha masuk ke masjid yang mana beliau sedang dalam keadaan berhaid, sedangkan baginda tahu hal keadaan ‘Aisyah sebagaimana kenyataan dari hadis sahih di bawah ini:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : قَالَ لِيْ رَسُوْلُ اللهِ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : نَاوِلِيْنِيْ الْخُمْرَةَ مِنَ الْمَسْجِدِ ، فَقُلْتُ : اِنِّيْ حَائِضٌ . فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِنَّ حَيْضَتَكِ لَيْسَتْ فِى يَدِكِ.
“Dari ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda kepadaku: Ambilkanlah untukku sehelai sejadah (sejadah kecil untuk alas sujud). Aku berkata: Sesungguhnya aku sedang haid. Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Sesungguhnya haidmu itu bukan di tanganmu”. (H/R Muslim, Abu Daud, Tirmizi, An-Nasaii, Ibn Majah, Ahmad dan selain mereka)
HADIS-HADIS LARANGAN PEREMPUAN DUDUK DI MASJID
Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah telah membuktikan bahawa semua hadis-haids yang melarang (mengharamkan) wanita haid duduk di dalam masjid adalah dhaif/lemah. (Lihat penjelasan beliau dalam kitab Irwaul Ghalil hadis 193) Antara hadis-hadis yang dimaksudkan:
حَدَّثَنَا أَبُوْ بَكْرِ بْنُ أَبِيْ شَيْبَةَ ، وَمُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَ قَالاَ : ثَنَا أَبُوْ نَعِيْمٍ ثَنَا ابْنُ أَبِيْ غَنِيَّةَ عَنْ أَبِيْ الْخَطَّابِ الْهَجَرِيِّ عَنْ مَحْدُوْجِ الذُهْلِيِّ عَنْ جَسْرَةَ قَالَتْ : أَخْبَرْتَنِيْ أُمُّ سَلَمَةَ قَالَتْ : دَخَلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَرْحَةَ هَذَا الْمَسْجِدِ فَنَادَى بِأَعْلَى صَوْتِهِ : اِنَّ الْمَسْجِدَ لاَ يَحِلُّ لِجُنَبٍ وَلاَ لِحَائِطٍ.
“Berkata kepada kami Abu Bakr bin Abi Syaibah dan Muhammad bin Yahya. Mereka berkata: Mengkhabarkan kepada kami Abu Na’im, mengkhabarkan kepada kami Ibnu Abi Ghaniyah dari Abi al-Khattab al-Hajari dari Mahduj az-Zuhli dari Jasrah beliau berkata: Mengkhabarkan kepadaku Ummu Salamah beliau berkata: Rasulullah masuk ke dalam masjid. Kemudian menyeru dengan suara yang tinggi: Sesungguhnya masjid tidak dihalalkan bagi orang yang junub dan perempuan haid”. (H/R Ibnu Majah no. 645. Bab: فى ما جاء فى اجتناب الحائض المسجد)
Telah dijelaskan dalam Az-Zawaid bahawa sanad hadis ini lemah. Imam Ibnu Majah menjelaskan: Mahduj tidak boleh dipercayai dan Abul al-Khattab adalah majhul (tidak dikenali/tidak diketahui). (Lihat: Sunan Ibnu Majah. 1/212. No. 645) Oleh yang demikian, maka haids ini adalah hadis ضعيف “lemah” dan tidak boleh dijadikan hujjah untuk mengharamkan perempuan berhadas atau haid duduk di dalam masjid.
Adapun sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
فَاِنِّيْ لاَ أُحِلُّ الْمَسْجِدِ لِحَائِضٍ وَلاَ جُنُبٍ.
“Maka sesungguhnya aku tidak menghalalkan masjid bagi perempuan berhaid dan orang yang berjunub”. (H/R Abu Dadu 232. Dan Baihaqi 2/442)
Menurut Imam al-Baihaqi: “ليس هو بقوى (Hadis ini tidak kuat)”.
Berkata Imam al-Bukhari: “عند جسرة عجائب (Pada Jasrah terdapat keganjilan/keanehan)”.
Berkata al-Khatabi: “ضعف هذا الحديث (Hadis yang tidak kuat)”.
Berkata para ulama hadis: “أفلت مجهول (Aflat seorang yang majhul/tidak dikenali”.
Berkata al-Hafiz Abdul Haq: “ هذا الحديث لا يثبت(hadis ini tidak tsabit/tidak kuat jalur sanadnya”. (Lihat: كتاب المجموع شرح المهذب jld. 2 hlm. 185. Imam An-Nawawi)
Berkata Al-Hafiz Abi Abdullah Muhammad bin Zaid al-Qazwini (Ibnu Majah):محدوج لم يوثق" (Mahduj tidak siqah)”. Dan beliau berkata lagi: ابو الخطاب مجهول" (Abul Al-Khattab majhul/tidak dikenali”. (Lihat: Sunan Ibnu Majah. 1/645)
Dengan keterangan ini, amat jelas bahawa hadis di atas ini adalah hadis lemah, tidak ada ulama hadis yang mensahihkannya, maka dengan demikian hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah untuk melarang (mengharamkan) perempuan yang sedang berjunub (berhadas besar) duduk di masjid, sama untuk belajar, mendengar kulliah atau sebagainya.
UCAPAN IBNU ABBAS
Adapun penjelasan Ibnu Abbas radiallahu ‘anhu berkenaan firman Allah Azza wa-Jalla:
وَلاَ جُنُبًا إلاَّ عَابِرِى سِبِيْلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوْا
“(Jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub terkecuali sekadar berlalu sahaja sehingga kamu mandi”. (An-Nisa 4:43)
Ibnu Abbas radiallahu ‘anhu menjelaskan tentang ayat di atas ini bahawa:
“Tidak boleh kamu masuk masjid dalam keadaan berjunub, kecuali sekadar melintas dan jangan engkau duduk”. (Lihat: Baihaqi 2/443)
Hadis ini juga tidak boleh dijadikan hujjah, lantaran sanad hadis ini lemah (ضعيف), kerana terdapat para rawi yang bernama:
(1). Salm bin Qais al-Alawi. Beliau telah dilemahkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar. (Lihat: Taqrib 1/314. Ibnu Hajar)
(2). Hasan bin Ja’far al-Jufri Abu Sa’id al-Azdi. Beliau telah dilemahkan oleh sekalian Ahli Hadis (para ulama hadis). (Lihat: Tahbut Tahzib 2/260-261. Ibnu Hajar)
TAFSIRAN AYAT
Adapun tafsiran ayat di surah an-Nisa, ayat 43 ialah:
وَلاَ جُنُبًا اِلاَّ عَابِرِى سَبِيْلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوْا.
“(Jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub terkecuali sekadar berlalu sahaja hingga kamu mandi”.
Sebagaimana yang telah ditafsirkan oleh Ali bin Abi Talib, Ibnu Jarir, Ibnu Kathir, Imam as-Sayuti (Lihat: Kitab Tafsir Ibnu Kathir 1/501. Ad-Durul Mansur 2/165 oleh Imam Suyuti) dan selain mereka bahawa:
“Turunnya ayat ini berkaitan dengan orang musafir. Bukan berkaitan dengan orang junub (bukan diturunkan untuk memperkatakan tentang orang junub, pent.). Dan dari Mujahid pula beliau berkata:
عَنْ مُجَاهِدٍ قَالَ : مُسَافِرِيْنَ لاَ يَجِدُوْنَ مَاء فَيَتَيَمَّمُوْنَ صَعِيْدَا طَيِّبًا
“(Ayat ini turun kepada) musafir yang tidak kedapatan air, kemudian bertayammum dengan debu yang bersih, sehinggalah mendapat air barulah mereka mandi”. (Lihat: Kitab Tafsir At-Tabari. Jld 4)
Jika diteliti semua tafsir-tafsir tentang ayat عَابِرِى َبِيٍلٍ, maka yang lebih rajih ialah ia memberi makna (bermaksud): “Musafir (orang yang musafir)”. (Lihat: Tafsir at-Tabari 4/7563, 7565, 7566, 7567, 7569, 7570, 7571) Bukan bermaksud: “Melewati masjid atau sekadar berlalu sahaja”.
Dengan keterangan dan penjelasan ini, membuktikan bahawa orang yang berjunub termasuklah perempuan yang sedang haid boleh duduk, belajar dan diam di dalam masjid. Malah lebih jelas lagi dengan apa yang dikatakan oleh ‘Aisyah radiallahu ‘anhu kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam apabila baginda memerintahkan ‘Aisyah agar masuk ke dalam masjid sedangkan beliau sedang haid. Sebagaimana dapat difahami dari hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
إِنِّيْ حَائِضٌ ، فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ حَيْضَتَكِ لَيْسَ فِى يَدِكِ.
“(‘Aisyah berkata): Sesungguhnya aku sedang haid. Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Sesungguhnyanya hadimu bukan berada di tanganmu”. (H/R Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Nasaii dan Ibnu Majah)
قَالَتْ عَائشَةُ : فَكَانَتْ لَهَا خِبَاءٌ فِى الْمَسْجِدِ أَوْحِفْشٌ
“Hamba perempuan itu mempunyai khemah kecil di dalam masjid iaitu sebagai tempat tinggalnya”. (H/R Bukhari No. 439)
Begitu juga jika seseorang yang berjunub tidak boleh (haram) masuk ke dalam masjid, ini amat bertentangan dengan hadis-hadis sahih yang lain. Pernah para sahabat membawa seorang tawanan yang belum masuk Islam ke dalam masjid untuk dihadapkan kepada Rasulullah, sedangkan Rasulullah tidak menghalang mereka walaupun baginda mengetahui bahawa orang kafir yang dibawa masuk ke dalam masjid tidak pernah mandi hadas. Malah baginda tidak melarang perbuatan para sahabat mengikat tawanan tersebut di salah satu tiang di dalam masjid. Sebagaimana hadis berikut:
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : بَعَثَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْلاً قِبَلِ نَجْدٍ ، فَجَاءَ تْ بِرَجُلٍ مِنْ بَنِيْ حَنِيْفَةٍ يُقَالُ لَهُ ثُمَامَةُ بْنُ أُثَالٍ ، فَرَبَطُوْهُ بِسَارِيَةٍ مِنْ سَوَارِي الْمَسْجِدِ ، فَخَرَجَ اِلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : أَطْلِقُوْا ثُمَامَةَ. فَانْطَلَقَ اِلَى نَخْلٍ قَرِيْبٍ مِنَ الْمَسْجِدِ ، فَاغْتَسَلَ ثُمَّ دَخَلَ الْمَسْجِدِ فَقَالَ : أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَاَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ.
“Dari Abi Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam pernah mengutus pasukan berkuda menuju Najd. Pasukan tersebut pulang dengan membawa seorang tawanan lelaki dari Bani Hanafiah bernama Sumamah bin Uthal. Mereka mengikatnya di salah satu tiang dari tiang-tiang masjid. Maka Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam keluar dan berkata kepada mereka: Lepaskanlah ikatan Sumamah! Kemudian dia (Sumamah) pergi ke pohon kurma yang berdekatan masjid lalu mandi, kemudian masuk ke dalam masjid dan mengucapkan: أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَاَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ”. (H/R Bukhari. 462, 2422 dan 4372)
Perhatian! Berikut adalah jawapan dari Syeikh Nasruddin al-Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah berkisar persoalan perempuan haid duduk atau diam (tinggal) di dalam masjid:
MEMBACA QUR’AN DALAM KEADAAN BERHADAS BESAR
SOALAN:
Apa hukumnya bagi lelaki dan wanita yang dalam keadaan berhadas kecil (tanpa berwuduk), kemudian ia membaca al-Quran? Atau wanita yang dalam keadaan berhadas besar seperti haid atau nifas.? Atau juga bagi lelaki atau wanita yang berhadas besar, seperti keluar air mani atau lepas bersetubuh tanpa mandi junub terlebih dahulu kemudian mereka menyentuh (memegang) dan membaca al-Quran?
JAWAPAN:
SUNNAH MEMBACA AL-QURAN DALAM KEADAAN SUCI
Disunnahkan membaca al-Quran dalam keadaan berwuduk, iaitu tidak berhadas besar atau kecil. Namun tidak terdapat walau sebuah hadis sahih yang mengharamkan seseorang membaca al-Quran dalam keadaan berhadas besar atau kecil. Malah terdapat sebuah hadis yang boleh dijadikan dalil tentang bolehnya membaca al-Quran dalam apa pun keadaan. Antara hadis tersebut:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَذْكُرُ اللهَ عَلَى كُلِّ أَحْيَانِهِ
“Dari Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam sentiasa berzikir kepada Allah dalam segala keadaan”. (H/R Muslim 1/194)
Hadis di atas ini menunjukkan boleh berzikir termasuklah membaca al-Quran walaupun dalam keadaan berhadas, sama ada hadas kecil atau besar. Namun membaca al-Quran dalam keadaan demikian (berhadas sama ada hadas besar atau kecil) hukumnya makruh. Hal ini telah dijelaskan dalam sebuah hadis sahih:
عَنْ مُهَاجِرِ بْنِ قُنْفُذٍ أَنَّهُ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَبُوْلُ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ فَلَمْ يَرُدُّ عَلَيْهِ حَتَّى تَوّضَّأَ ، ثُمَّ اعْتَذَرَ اِلَيْهِ فَقَالَ : اِنِّيْ كَرِهْتُ أَنْ أَذْكُرَ اللهَ اِلاَّ عَلَى طُهْرٍ . أَوْ قَالَ : عَلَى طَهَارَةٍ.
“Dari Muhajir bin Qunfaz, sesungguhnya beliau pernah datang kepada Nabi Sallallahu ‘alahi wa-sallam dan baginda sedang kencing, lalu ia memberi salam kepada baginda, akan tetapi baginda tidak menjawabnya sehinggalah baginda berwuduk. Kemudian baginda meminta keuzuran (beralasan) dan kemudian bersabda: Sesungguhnya aku tidak suka (makruh) menyebut nama Allah kecuali dalam keadaan suci (tidak berhadas)”. (H/R Abu Daud. Sahih.)
HADIS-HADIS LEMAH DAN MUNGKAR DALAM HAL INI
Adapun antara hadis-hadis lemah, palsu, batil dan mungkar yang dijadikan hujjah oleh mereka yang mengharamkan membaca al-Quran dalam keadaan berhadas antaranya ialah:
1. مِنْ طَرِيْقِ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ مَسْلَمَةَ ، حَدَّثَنِيْ الْمُغِيْرَة بْن عَبْد الرَّحْمَن عَنْ مُوْسَى بْن عُقْبَةَ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لاَ يَقْرَأُ الْجُنُبُ شَيْئًا مِنَ الْقُرْآنِ.
1 - “Dari jalan Abdulmalik bin Maslamah, mengkhabarkan kepadaku Mugirah bin Abdulrahman, dari Musa bin Uqbah dari Nafi’ dari Ibnu Umar radiallahu ‘anhuma ia berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Tidak boleh membaca sedikitpun dari al-Quran bagi orang yang berjunub”. (H/R Darqutni)
Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan di dalam “Talkhisul Habir” bahawa hadis ini adalah hadis lemah, kerana Abdul Malik bin Maslamah adalah seorang rawi yang lemah. (Lihat: Talkhisul Habir. 1/138) Sedangkan hadis ini dari jalan Abdul Malik bin Maslamah.
2. مِنْ طَرِيْقِ اِسْمَاعِيْل بْنِ عَيَّاش عَنْ مُوْسَى بْنِ عُقْبَةَ عِنْ نَافِعٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لاَ تَقْرَإِ الْحَائِضُ وَلاَ الْجُنُبُ شَيْئًا مِنَ الْقُرْآنِ.
2 - Dari jalan Ismail bin ‘Ayyasy dari Musa bin Uqbah dari Nafi’ dari Ibnu Umar radiallahu ‘anhuma dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah perempuan yang haid membaca sedikitpun dari al-Quran”. (Hadis dikeluarkan oleh Tirmizi 131. Ibnu Majah 595. Darqutni 1/117. Dan Baihaqi 1/89)
(1). Menurut Imam Bukhari واسماعيل منكر الحديث “Dan Ismail (bin ‘Ayyasy) ia adalah mungkarul hadis (Hadis mugkar/palsu)”. (Lihat: (1). As-Sunan al-Kubra. 1/89. H/R Al-Baihaqi. (2). Nasbur Rayah 1/195)
(2). Imam Ahmad, Imam Bukhari dan selain mereka telah melemahkan (mendhaifkan) hadis di atas. (Lihat: Nasbur Rayah. 1/195)
(3). Menurut Ibnu Abu Hatim dari ayahnya: Hadis Ismail bin Ayyasy ini adalah keliru, yang jelas ia hanyalah perkataan Ibnu Umar. (Lihat: Talkhisul Habir. 1/138)
(4). Menurut Abdullah bin Ahmad dari bapanya (Imam Ahmad): “Hadis ini adalah batil”. Malah beliau mengingkari hadis riwayat Ismail (Ismail bin Ayyasy). (Lihat: Talkhisul Habir. 1/138)
3. حَدَّثَنَا عَبْد الصَّمَد ثَنَا اِبْرَاهِيم بن أَحْمَدُ بنُ مَرْوَان ، ثَنَا سُفْيَان بنُ عُثْمَان بْنُ عَاصِم ، ثَنَا مُحَمَّد بْنِ الْفَضْل ، عَنْ أَبِيْهِ عَنْ طَاوُسٍ عَنْ جَابِرٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لاَ يَقْرَأُ الْحَائِضِ وَلاَ النُّفَسَاءُ مِنَ الْقُرْآنِ شَيْئًا. وَفِى رِوَايَةٍ : لاَ يَقْرَأُ الْحَائِضُ وَلاَ الْجُنُبُ مِنَ الْقُرْآنِ شَيْئًا.
3 - “Mengkhabarkan kepada kami (dari jalan) Abdussamad, mengkhabarkan kepada kami Ibrahim bin Ahmad bin Marwan, mengkhabarkan kepada kami Sufyan bin Uthman bin ‘Asim, dari Muhammad bin Fadl dari bapanya dari Tawus dari Jabir ia berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Tidak boleh membaca bagi perempuan yang haid dan nifas sedikit pun dari al-Quran. Pada riwayat yang lain: Tidak boleh membaca perempuan haid dan junub sedikitpun dari al-Quran”. (Lihat: Sunan ad-Durqatni Darqutni 2/87. Lihat: Al-Hilya 4/22. Abu Nua’im)
(1). Menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar: Muhammad bin Fadl bin Athiyah bin Umar dianggap oleh para Imam ahli hadis sebagai pendusta. (Lihat: At-Taqrib. 2/200. Ibnu Hajar)
(2). Ibnu Hajar juga menjelaskan bahawa (Muhammad bin Fadl bin Atiyah bin Umar) adalah seorang yang matruk. (Lihat: Talkhisul Habir. 1/138) Dengan demikian maka kedudukan hadis ini adalah paslu (maudu’).
(3). Berkata Darqutni: (Ibrahim bin Ahmad bin Marwan) dia adalah perawi yang tidak kuat (ليس بقوي). (Lihat: Sunan ad-Durqatni. 2/87)
4. عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ سَلِمَةَ قَالَ : …… إِنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلِيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ مِنَ الْخَلاَءِ فَيُقْرِئُنَا الْقُرْآنَ وَيَأْكُلُ مَعَنَا اللَّحْمَ وَلَمْ يَكُنْ يَحْجُبُهُ –أَوْقَالَ يَحْجِزُهُ عَنِ الْقُرْآنِ شَيْءٌ لَيْسَ الْجَنَابَةَ.
4 - Dari Abdullah bin Salimah berkata: ….. Sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam keluar dari tandas, lalu baginda membacakan al-Quran kepada kami dan makan daging bersama kami, tidak ada yang menghalangi baginda sesuatupun juga dari membaca al-Quran selain junub”. (H/R Abu Daud 1/229 Bab Fil Junubi Yaqrau al-Quran. Tirmizi 146. Nasaii 1/144. Ibnu Majah 594. Ahmad 1/182 No 639)
(1). Berkata Imam Syafie tentang perawi hadis ini (Abdullah bin Salimah):لم يكن اهل الحديث يثبتونه “Tidak pernah Ahli Hadis mengithbatkan (ulama hadis tidak menguatkannya)”. (Lihat: Al-Jami as-Sahih Jld. 1. M/S 374. Sunan at-Tirmizi)
(2). Berkata Imam al-Baihaqi: Adapun Imam Syafie bertawaquf dan tidak menetapkan hadis ini ialah setelah Abdullah bin Salimah al-Kufi menjangkau umur tua. Setelah usianya lanjut, maka diingkari hadis yang datang darinya kerana berubah ingatannya (hafalannya). (Lihat: Al-Jami as-Sahih Jld. 1. M/S 374. Sunan at-Tirmizi)
(3). Berkata al-Khattabi: Bahawa Imam Ahmad bin Hambal radiallahu ‘anhu: يضعف أمر عبدالله بن سلمة “Beliau melemahkan hadis Abdullah bin Salimah”. (Lihat: Al-Jami as-Sahih Jld. 1. M/S 374. Sunan at-Tirmizi) Iaitu setelah beliau tua dan berubah hafalannya. (Lihat: Al-Jami as-Sahih Jld. 1. M/S 374. Sunan at-Tirmizi)
Walaupun hadis di atas ini telah disahihkan oleh Imam Tirmizi, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, Hakim, Az-Zahabi, Ibnu Sakan, Abdul Haq, Al-Baghawi dan Ahmad Muhammad Syakir. Namun hadis ini telah dilemahkan oleh sekian ramai jamaah ahli hadis. Antara mereka yang melemahkan hadis ini ialah Imam Bukhari, Syafie, Ahmad, Baihaqi, Al-Munziri, An-Nawawi, Al-Khatabi, Al-Albani dan ramai lagi selain mereka.
5. وَعَنْهُ قَالَ : رَأَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ ، ثُمَّ قَرَأَ شَيْئًا مِنَ الْقُرْآنِ ، ثُمَّ قَالَ : هَكَذَا لِمَنْ لَيْسَ بِجُنُبٍ ، فَأَّمَا الْجُنُبُ فَلاَ ، وَلاَ آيَة.
5 - Dan darinya ia berkata: Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berwuduk, kemudian baginda membaca surah al-Quran, kemudian baginda bersabda: Demikianlah bagi orang yang tidak junub, sedangkan orang yang junub, maka tidak demikan, walaupun hanya sepotong ayat”. (H/R Ahmad dan Abu Ya’ala)
(1). Berkata Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani:
فإن لهذه الطريق علتين ، الضعف والوقف
“Sesungguhnya jalan ini mempunyai dua Illah, iaitu kelemahan الضعف dan kemauqufan الوقف”. (Lihat: تمام المنة فى التعليق فقه السنة hlm. 177. Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)
a. Kelemahan (الضعف): Adapun sebab kelemahan hadis ini kerana di dalam sanadnya terdapat Amir bin As-Samth Aba al-Garif (عامر بن السمط أبا الغريف). Ia tidak dinyatakan tsiqah (dipercayai/ثقة) kecuali oleh Ibnu Hibban, padahal Ibnu Hibban seorang yang dikenal bermudah-mudah dalam mentautsiq (فىالتوثيق). Ia telah dipertikaikan oleh ulama yang lebih tahu tentang masalah keadaan rawi-rawi iaitu Abu Hatim ar-Razi. Beliau telah berkata tentang Abul Gharif: Ia bukan seorang yang masyhur. Mereka juga telah membincangkan tentang Asbugh bin Nabatah (أصبغ بن نباتة). Dan Asbugh dia seorang yang lemah hadisnya menurut Ibnu Abi Hatim, malah menurut yang lainnya dia seorang yang matruk (ditinggalkan). Antara mereka yang menetapkan kelemahannya ialah Ibn Hajar. (Lihat: تمام المنة فى التعليق فقه السنة hlm. 177. Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)
Adapun sebab kemauqufannya ialah kerana Ad-Darqutni dan yang lainnya telah meriwayatkan dari Abul Gharif dari Ali secara mauquf darinya. (Lihat: (1). ضعيف سنن أبي داود No. 31. (2). تمام المنة فى التعليق فقه السنة hlm. 117. Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)
Ibnu Hazam pula berhujjah dengan athar yang berikut tentang bolehnya membaca al-Quran dalam keadaan junub, iaitu dari Ibnu Abbas, Sa’id bin Musyyib dan Sa’id bin Jubair dan sanadnya dari yang terakhir ini adalah baik, telah meriwayatkan darinya Hammad bin Abi Sulaiman ia berkata:
سَأَلْتُ سَعِيْدَ بْنِ جَبِيْر عَنِ الْجُنُبِ يَقْرَأ ؟ فَلَمْ يَرَ بِهِ بَأْسًا . وَقَالَ : اَلَيْسَ فِى جَوْفِهِ الْقُرْآن ؟
“Aku bertanya kepada Sa’id bin Jubair tentang orang yang junub, bolehkan dia membaca al-Quran? Ia memandang tidak mengapa, dan dia berkata: Bukankah di dalam dirinya terdapat al-Quran”. (Lihat: (1). شرح السنة. 2/43. (2).تمام المنة فى التعليق فقه السنة hlm. 118.)
(2). Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani: Di samping hadis ini mauquf, maka sanadnya juga lemah sehingga tidak layak menjadi syahid (penguat) bagi hadis marfu’. (Lihat: تمام المنة فى التعليق فقه السنة hlm. 117) Dengan demikian, maka berdalilkan dengan hadis di atas terhadap permasalahan ini menjadi gugur, malah wajib balik kepada hukum asal, iaitu boleh bagi orang junub membaca al-Quran.
(3). Melalui penjelasan ini, maka dibolehkan menyentuh, memegang dan membaca al-Quran walaupun dalam keadaan berhadas kecil atau hadas besar (berjunub). Namun tidak tersembunyi bahawa hal tersebut (membaca al-Quran dalam berhadas) tidak terlepas dari hukum makruh berdasarkan hadis sahih (Lihat: تمام المنة فى التعليق فقه السنة hlm. 117):
إِنِّيْ كَرِهْتُ أَنْ أَذْكُرَ اللهَ إِلاَّ عَلَى طُهْرٍ.
“Sesungguhnya aku tidak suka berzikir kepada Allah kecuali dalam keadaan suci”. (Lihat: As-Sahihah 834)
DIBOLEHKAN MENYENTUH & MEMBACA AL-QURAN
Dibolehkan membaca, membawa dan memegang (menyentuh) al-Quran sama ada dalam keadaan berhadas kecil (tidak berwuduk), atau berhadas besar seperti haid, nifas bagi wanita dan disebabkan keluar air mani atau juga selepas bersetubuh bagi lelaki dan wanita. Tidak ada perbezaan dalam perkara ini antara lelaki dan wanita.
Selain hujjah dan penjelasan yang lalu, maka antara hadis yang menjadi dalil (hujjah) membolehkan menyentuh, memegang, membawa atau membaca al-Quran dalam keadaan junub ialah:
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : خَرَجْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ نَذْكُرُ اِلاَّ الْحَجَّ ، فَلَمَّا جِئْنَا سَرِفَ طَمِثْتُ ، فَدَخَلَ عَلَيَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا أَبْكِيْ ، فَقَالَ : مَا يُبْكِيْكِ ؟ قُلْتُ : لَوَدِدْتُ وَاللهِ أَنِّيْ لَمْ أَحُجَّ الْعَامَ . قَالَ : لَعَلَّكِ نُفِسْتِ ؟ قُلْتُ : نَعَمْ . فَقَالَ : فَإِنَّ ذَلِكَ شَيْئٌ كَتَبَهُ اللهُ عَلَى بَنَاتِ آدَمَ ، فَافْعَلِيْ مَا يَفْعَلُ الْحَاجُّ غَيْرَ أَنْ لاَ تَطُوْفِيْ بِالبَيْتِ حَتَّى تَطْهَرِيْ.
“Dari ‘Aisyah ia berkata; Kami keluar (mengerjakan fardu haji) bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Tidaklah ada yang kami fikirkan kecuali haji. Ketika kami tiba di Sarif aku kedatangan haid. Lalu Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam masuk menemuiku dan aku sedang menangis. Maka baginda bertanya: Apakah yang menyebabkan engkau menangis? Aku menjawab: Aku inginkan demi Allah sekiranya aku tidak haji pada tahun ini. Baginda bertanya: Apakah engkau sedang bernifas (berhaid)? Aku menjawab: Ya!. Baginda bersabda: Sesungguhnya ia adalah sesuatu yang telah Allah tentukan untuk anak-anak perempuan Adam, oleh itu kerjakanlah setiap yang dikerjakan oleh orang yang sedang menunaikan haji selain tawaf di Bait (Ka’abah) sehinggalah engkau dalam keadaan suci”. (H/R Muslim 4/30)
Dalam hadis ini, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak melarang ‘Aisyah memasuki masjid atau membaca al-Quran, kecuali solat dan tawaf.
FATWA SYEIKH MUHAMMAD NASHIRUDDIN AL-ALBANI
Berikut ini adalah jawapan (fatwa) Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah apabila ditanya tentang bolehnya lelaki atau perempuan yang berhadas kecil atau besar menyentuh, membawa, memegang dan membaca al-Quran. Soalan dan jawapan ini dinukil dari kitab:
( مجموعة فتاوى المدينة المنورة Oleh: Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)
SOALAN:
Bolehkah bagi seseorang lelaki atau wanita membaca al-Quran atau menyentuh mushaf tanpa berwuduk?.
JAWAPAN:
Suatu perkara yang dibolehkan (dalam syara. Pent) ialah membaca al-Quran tanpa berwuduk, kerana tidak ada suatupun nas dalam al-Kitab ataupun as-Sunnah yang melarang seseorang membaca al-Quran tanpa bersuci (berwuduk).
Begitu juga tidak ada perbezaan dalam perkara ini antara lelaki dan wanita. Malah tidak ada perbezaan dalam hal ini antara lelaki yang bersuci atau tidak dengan wanita yang berhaid (berhadas besar. Pent) atau tidak.
Antara dalilnya ialah hadis Aisyah dalam sahih Muslim, bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam berzikir kepada Allah dalam segala hal (dalam semua keadaan).
Apa yang dilarang dalam syariat bagi wanita haid adalah solat. Membaca al-Quran dalam keadaan tidak bersuci mengandungi hikmah yang sangat mendalam, iaitu agar ia beribadah kepada Allah dalam keadaan suci sebagaimana keadaan sebelum berhaid. Kita tidak boleh mempersempit ruang ibadah yang mulanya (semasa suci/belum haid) disyariatkan bersama dengan solat. Jika kemudian ia ditegah solat, ini bukan bermakna ia ditegah dari beribadah yang lain. Kita harus melapangkan apa yang telah Allah lapangkan kepada kita.
Dalam masalah haid, sering saya bawakan hadith Sayidah ‘Aisyah semasa beliau mengerjakan haji bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam, mereka singgah di suatu tempat yang dinamakan Sarif, berdekatan Mekkah, baginda sallallahu ‘alaihi wa-sallam mendapati ‘Aisyah sedang menangis kerana kedatangan haid, lalu baginda bersabda:
اِصْنَعِيْ مَا يَصْنَعُ الْحَاجُّ غَيْرَ أَنْ لاَ تَطُوْفِيْ وَلاَ تُصَلِّيْ.
“Buatlah (lakukanlah) sebagaimana apa yang dikerjakan oleh orang yang mengerjakan haji, kecuali tawaf dan solat”.
Baginda tidak melarang Aisyah (yang dalam keadaan berhaid) untuk membaca al-Quran dan memasuki Masjid al-Haram. Inilah penjelasan Syeikh Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani tentang persoalan lelaki atau wanita yang menyentuh, memegang atau membaca al-Quran dalam keadaan belum bersuci.
والله اعلم
Boleh juga muat turun tulisan Sheikh Muhammad Bin Soleh al-Uthaimin – [Download]
Dicatat oleh Nawawi Bin Subandi di Selasa, November 13, 2007
Label: Wanita
1 ulasan:
Nawawi Bin Subandi berkata...
Berzikir dan Membaca al-Qur’an Bagi Wanita Yang Didatangi Haid
Wanita yang sedang haid boleh berzikir, bertasbih (membaca Subhanalah), bertahmid (membaca alhamdulillah), membaca Bismillah ketika makan dan sebagainya. Boleh juga membaca buku-buku hadis, fiqh (buku agama), berdoa, mengaminkan doa dan mendengar bacaan a-Qur’an.
Jelas di dalam kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim serta kitab-kitab hadis yang lain bahawa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersandar di riba ‘A’isyah radhiallahu 'anha sambil membaca al-Qur’an padahal ‘A’isyah di saat itu sedang haid.
Di dalam kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim, Umm ‘Athiah radhiallahu 'anha berkata, Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda menyuruh keluar wanita-wanita dan anak-anak gadis yang berada di dalam rumah kepada solat dua hari raya (Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha) supaya mereka dapat menyaksikan kebaikan dan seruan orang mukmin, dan jauhilah wanita haid daripada mushalla (tempat lapang solat Hari Raya) iaitu diasingkan.
Juga diharuskan bagi wanita yang sedang haid untuk membaca al-Qur’an dengan cara melihat dengan mata atau menghayatinya dalam hati tanpa menutur dengan lidah. Boleh juga meletak mushaf al-Qur’an di hadapannya lalu melihat ayat-ayatnya dan membacanya dengan hati. Berkata Imam al-Nawawi rahimahullah (daripada mazhab Syafi’e) dalam Majmu’ Syarh al-Muhazzab: Hal ini diharuskan tanpa perselisihan pendapat.
Adapun membaca dengan lidah bagi wanita yang sedang haid, maka terdapat perbezaan pendapat. Jumhur ilmuan berpendapat ianya dilarang. Imam al-Bukhari, Ibn Jarir al-Thabari dan Ibn al-Munzir berpendapat ia diharuskan. Demikian juga oleh Imam Malik dan Imam al-Syafi’e dalam pendapatnya yang lama (Qaul Qadim – al-Risalla). Ini sebagaimana yang disebut oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari. Imam al-Bukhari mengemukakan sebuah riwayat daripada Imam Ibrahim al-Nakha’e (seorang tokoh tabi‘in) bahawa: “Tidak mengapa jika dibaca hanya satu ayat.”
Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah membahas persoalan ini dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa, jld. 26, ms. 191:
Sejak asal tidak ada larangan daripada al-Sunnah (bagi wanita yang sedang haid) membaca al-Qur’an. Hadis: “Wanita haid tidak boleh membaca sesuatu daripada al-Qur’an” adalah hadis yang lemah (dha‘if) yang disepakati oleh para ahli hadis. Lebih dari itu, diketahui wanita-wanita di zaman Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sedia mengalami haid. Maka jika haram ke atas mereka untuk membaca al-Qur’an sepertimana haram ke atas mereka mendirikan solat, nescaya ia diterangkan oleh Nabi kepada umatnya dan dipelajari oleh para isteri baginda. Hal ini kemudiannya akan tersebar kepada manusia. Lihat Shahih al-Bukhari – no: 324 (Kitab al-Haid)
Namun tidak seorang jua yang meriwayatkan pengharaman seumpama daripada Nabi. Maka tidak boleh menghukum ia sebagai haram sedangkan baginda Nabi sendiri tidak pernah mengharamkannya. Justeru apabila Nabi tidak menegah daripada demikian padahal ramai wanita yang haid di zamannya, bererti diketahui bahawa tidaklah haram bagi wanita haid membaca al-Qur’an.
Kesimpulan:
Di antara perselisihan pendapat ini, yang lebih utama ialah wanita yang sedang haid itu HARUS membaca al-Qur’an dengan lidahnya dan memegang mushaf.
13 November 2007 6:59
Cerita Ummi Wafa (UW) Post a comment (3) Links to this post
Berkenaan Al-Quran, Halal Haram, Wanita
Friday, August 28, 2009
Sandstorm Thunderstorm & Earthquake
Salam sejahtera buat semua teman2, rasanya tidak terlambat lagi untuk UW ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak buat semua pengunjung setia.. ala maklumlah dah bersawang blog nie tak updet...hahahaaha.. biasalah kalu penyakit mim alif lam sin ni datang..hahahaha....semperna kedatangan bulan yang penuh rahmat dan berkat ini UW ingin mohon jutaan kemaafan andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara, terlepas kata, gurau senda sampai terguris hati dan perasan, dan yang seangkatan dengannya..mohon dimaafkan yer..jua halalkan semua makan dan minum. Semoga pengisian dan amal ibadat kita diterimaNya..InsyaAllah..
Hari ni dah 6 Ramadhan 1430H...pelbagai perkara berlaku dalam bulan rahmat ni, semoga kita semua diLindungi-Nya.. setengah jam yang lepas (saat N3 ditulis) UW merasakan gegaran yang tak berapa kuat berlaku, ingatkan UW yang fening2. Tambah pulak abah Wafa bekerja pada malam ini, risau juga coz cuma tinggal kami dua beranak jer. Terus UW tepon Kak Zah yang duk level bawah tanya samada dia pun merasai apa yg UW rasa...memang tak salahlah sangkaan UW yg mana gempa bumi buat kedua kali yg berlaku lagi (pertama kalinya pada 19May2009) .. Bila sms kengkawan kat Yanbo'..mereka pun ada juga merasainya, tp kebanyakan tengah bercuti di Mekah..wah seronoknya! harap2 UW sekeluarga pun berkesempatan utk menikmati Ramadhan di Kota Mekah.
5 Ramadhan 1430H...tu citer earthquake..semalam thunderstorm. Mungkin kejadian sebegini biasa bagi kita yang tinggal di Malaysia, tapi kejadian ini pertama kali buat UW selepas 4 bulan bermastautin di Tanah Arab ni. Ribut yang melanda Yanbo' ni berlaku selepas Abah Wafa berangkat ke tempat kerja pada pukul 10.30pm. Dengar cerita ini biasa berlaku di sini bila peralihan sesuatu musim. Agaknya nak masuk musim sejuk kot. Rindu pun ada bila dah lama tidak dengar guruh dilangit..bak kata pepatah bunyi guruh itu tandanya hari nak hujan. Memang betul hujan rahmat telah membasahi tanah kontang ini. Tapi bukan hujan seperti di Malaysia, hujan di sini bercampur denga debu yang berterbangan di tiup angin yang kuat. 1 dan 2 Ramadhan pun hujan turut menyirami kota Haram Mekah dan Madinah. SubhanALlah...
4 Ramadhan 1430H... selepas waktu berbuka puasa, terdengar dan merasai tiupan angin yang begitu kencang. Bila pintu rumah dibuka, SubhanAllah kuatnya angin disertai dengan debu yang berterbangan seperti kepulan asap yang terbakar. Laman dan balkoni kat luar rumah tak usah cerita laa..debunya setebal 1cm..huhuhuhuhu...camner laa nak cuci tuu.. Kereta pun seperti bertahun2 tak basuh.
Cerita Ummi Wafa (UW) Post a comment (2) Links to this post
Berkenaan Earthquake, Ramadhan, Sandstorm, Thunderstorm, Yanbo'
Thursday, July 30, 2009
Hukum wanita yang didatangi haid memegang al-Qur'an


Terima kasih buat Kak Norhafizah Madzlan blogger "Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah" kerana memberi keizinan untuk UW copy & paste N3 berkenaan "Hukum wanita yang didatangi haid memegang al-Qur'an"
Diharap semua ukhtie-ukhtie yang sekapal dengan UW di bumi bertuah ini yang sama-sama mengikuti Kelas Bahasa Arab & Al-Quran khususnya dan semua kenalan yang sudi bertandang ke blog UW amnya, akan dapat memahami hukum-hakam yang selama ini masih samar-samar berkenaan dengan masalah ini.
Sewaktu pertama kali UW mengikuti kelas Bahasa Arab & Al-Quran, UW rasa pelik dan kaget bilamana ukhtie2 mengkhabarkan yang Ustazah Nurah (dr Turnisia) bagitahu kita boleh pegang dan baca mushaf walaupun dalam keadaan haid. Tambahan pula, sebelum ini apa yang UW sedia maklum kalau nak pegang al-Quran pun kena berwuduk dan hanya tafsir al-Quran shj dibolehkan bg mereka yang tidak berwuduk. Inikan pula wanita yang berhadas besar untuk sentuh dan baca al-Quran. Namun, setelah mengikuti kelas tersebut masalah sudah tidak lagi menjadi suatu yg pelik bg UW dan sahabat2 yg lain, cuma bila UW sendiri bila "kedatangan" masih samar2 dan was2 boleh ke tidak... tp buat juga :) hatta menghafal... hihihi.. Apapun jom kita baca dan teliti bait-bait ayat di bawah semoga semuanya terang dan jelas. Alhamdulillah, akhirnya UW dah yakin dengan sepenuh hati...terima kasih sekali lagi buat Kak Norhafizah Madzlan untuk perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.
Bismillah,
Setelah menyelak2 folder lama terjumpalah artikel di bawah dalam simpanan saya malangnya saya tak tau sape yang buat. Tapi isinya saya dah tunjuk kepada seorang ustaz dan dia kata artikel ini boleh digunapakai. Jadi ingin sekali saya berkongsi dengan mereka yang singgah di blog ini. Kredit istimewa buat penulis asal.
Umumnya terdapat dua pendapat, yang pertama mengatakan tidak boleh manakala yang kedua berkata boleh. Pendapat yang pertama merujuk kepada firman Allah:
"Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci." [al-Waqiah 56:79]
Diikuti dengan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: Tidaklah menyentuh al-Qur'an dan tidak juga mushaf melainkan orang yang suci.[1]
Manakala bagi pendapat kedua, mereka berpegang kepada kaedah bahawa seseorang wanita yang sedang haid boleh melakukan semua perkara seperti biasa melainkan wujud dalil tepat (qathi) yang melarangnya. Dalam hal ini yang jelas dilarang adalah bersolat,
berpuasa, melakukan tawaf dan bersetubuh. Adapun hukum memegang al-Qur'an, tidak ada dalil tepat yang melarang seseorang yang sedang haid daripada memegangnya.
Ayat al-Qur'an yang dijadikan rujukan oleh pendapat pertama adalah tidak tepat untuk dijadikan hujah kerana perkataan al-Mutatahharun sebenarnya merujuk kepada para malaikat sebagaimana yang boleh dilihat daripada keseluruhan ayat yang berkaitan:
"Bahawa sesungguhnya itu ialah Al-Quran yang mulia, Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam." [al-Waqiah 56:77-80][2]
Berkata Ibnu Abbas radhiallahu 'anh, ayat "fii Kitabim-maknun" bererti di langit, yakni di al-Lauh al-Mahfuz manakala al-Mutatahharun adalah para malaikat yang suci.[3]
Justeru keseluruhan ayat sebenarnya menerangkan tentang kitab al-Qur'an yang sebelum ini tersimpan dalam al-Lauh al-Mahfuz, di sana ia tidak disentuh oleh sesiapa kecuali para malaikat sehinggalah ia diturunkan ke bumi kepada manusia.
Hadis yang dijadikan dalil melarang adalah juga tidak tepat sandarannya kerana perkataan al-Taharun yang bererti suci adalah satu perkataan yang memiliki banyak erti (lafaz Mushtarak) dan mengikut kaedah Usul Fiqh: Sesuatu perkataan yang memiliki banyak erti tidak boleh dibataskan kepada satu maksud tertentu melainkan wujud petunjuk yang dapat mendokongi pembatasan tersebut.
Perkataan suci dalam hadis di atas boleh bererti suci daripada najis seperti tahi dan air kencing. Boleh juga bererti suci daripada hadas besar seperti haid dan junub, dan suci daripada hadas kecil yakni seseorang yang dalam keadaan wudhu'. Ia juga boleh bererti suci dari sudut akidah sepertimana firman Allah terhadap orang-orang musyrik:
"Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis." [al-Taubah 9:28] Oleh itu perlu dicari maksud sebenar kepada perkataan suci dalam hadis di atas. Salah satu caranya ialah dengan mengkaji keseluruhan hadis di mana ia sebenarnya adalah sepucuk surat yang
dihantar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada seorang sahabat di Yaman. Pada saat itu Yaman adalah sebuah wilayah yang penduduknya masih terdiri daripada campuran orang bukan Islam dan Islam, justeru kemungkinan yang besar adalah surat tersebut bertujuan melarang al-Qur'an daripada disentuh oleh orang bukan Islam.
Himpunan antara asal usul hadis dan rujukan al-Qur'an kepada orang musyrik sebagai najis dapat mengarah kepada satu petunjuk yang tepat bahawa erti suci dalam hadis di atas sebenarnya merujuk kepada orang Islam. Justeru keseluruhan hadis sebenarnya
melarang orang-orang bukan Islam daripada memegang kitab atau mushaf al-Qur'an.
Akhirnya jika dianalisa antara dua pendapat di atas, yang lebih tepat adalah pendapat kedua yang membolehkan seorang wanita yang sedang haid untuk memegang al-Qur'an.
Kedua: Hukum wanita yang didatangi haid membaca al-Qur'an.
Dalam persoalan ini terdapat sebuah hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Tidak boleh membaca sesuatu apa jua daripada al-Qur'an seorang yang dalam keadaan junub atau haid.[4]
Hadis ini memiliki beberapa jalan periwayatan namun setiap darinya adalah dha`if. Berkata Imam al-Nawawi rahimahullah (676H):[5]
Adapun hadis Ibn Umar: "Tidak boleh membaca sesuatu apa jua daripada al-Qur'an seorang yang dalam keadaan junub atau haid", maka ia diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Baihaqi dan selainnya. Ia adalah hadis yang dha`if, didha`ifkan oleh al-Bukhari, al-Baihaqi dan selainnya. Kedha`ifan yang terdapat padanya adalah
jelas.
Namun sebahagian ahli fiqh tetap melarang seorang wanita yang sedang haid daripada membaca al-Qur'an kerana diqiyaskan keadaan haid kepada keadaan junub.[6] Namun hal ini dianggap tidak tepat kerana dua sebab:
1. Peranan qiyas ialah mengeluarkan hukum bagi perkara-perkara yang tidak wujud pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apa-apa perkara baru yang wujud selepas itu, maka hukumnya disandarkan secara analogi kepada sesuatu yang sudah sedia dihukumkan pada zaman Rasulullah berdasarkan kesamaan sebabnya (`illat). Adapun haid, maka ia adalah sesuatu yang wujud secara lazim pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apabila pada zaman itu Allah dan Rasul-Nya tidak menjatuhkan hukum melarang wanita yang haid daripada membaca al-Qur'an, maka tidak perlu bagi orang-orang terkemudian membuat hukum yang baru.
2. Haid dan junub adalah dua keadaan yang jauh berbeza. Junub adalah satu keadaan di mana seseorang itu memiliki pilihan untuk berada dalamnya atau tidak, dan seseorang itu boleh keluar daripada keadaan junub pada bila-bila masa melalui mandi wajib atau
tayamum. Berbeza halnya dengan haid, ia bermula dan berakhir tanpa pilihan.
Sebahagian lain melarang atas dasar memelihara kesucian dan keagungan al-Qur'an. Justeru mereka berpendapat tidak boleh membaca (mentilawahkan) al-Qur'an kecuali beberapa perkataan atas dasar zikir dan memperoleh keberkatan.[ 7]Pendapat ini juga dianggap kurang tepat kerana seseorang wanita, sama ada dalam keadaan haid atau tidak, tetap dianggap suci dan dihalalkan bagi mereka semua yang dihalalkan melainkan wujudnya dalil yang sahih yang melarang sesuatu ibadah seperti solat, puasa, tawaf dan bersetubuh. Adapun pensyari`atan mandi wajib selepas berakhirnya tempoh haid, ia adalah penyucian atas sesuatu yang sedia suci dan bukannya penyucian atas sesuatu yang sebelum itu bersifat najis. Oleh itu tidaklah berkurang sedikitpun kesucian dan keagungan al-Qur'an apabila ia dibaca oleh seseorang wanita yang sedang dalam keadaan haid.
Pernah sekali Abu Hurairah radhiallahu 'anh mengasingkan diri daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Beliau balik ke rumah untuk mandi wajib dan kemudian kembali. Rasulullah bertanya kenapakah dilakukan sedemikian, lalu Abu Hurairah menerangkan bahawa tadi beliau sebenarnya dalam keadaan junub. Mendengar itu Rasulullah bersabda:
Subhanallah! Wahai Abu Hurairah! Sesungguhnya orang mukmin tidaklah ia menjadi najis.[8]
Kata-kata Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di atas bersifat umum, menunjukkan bahawa seorang mukmin tidaklah ia sekali-kali akan berada dalam keadaan najis sekalipun dia dalam keadaan junub. Termasuk dalam keumuman hadis ini ialah wanita yang sedang haid.
Sebagai rumusan kepada kupasan ini, berikut dinukil kata-kata Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H):[9]
Sesungguhnya para wanita mereka mengalami haid pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka seandainya membaca al-Qur'an diharamkan ke atas mereka (ketika haid) sepertimana solat, pasti baginda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam akan menjelaskannya kepada umatnya. Baginda akan mengajarnya kepada
para Ummul Mukminun (para isteri baginda) dan akan dinukil daripada mereka oleh orang ramai. Akan tetapi tidak ada satupun (riwayat) yang melarang yang dinukil daripada Nabi. Oleh itu hal ini tidak boleh dianggap terlarang padahal telah diketahui bahawa baginda tidak melarangnya. Justeru jika baginda tidak melarangnya padahal ramai wanita yang haid di zamannya, maka sesungguhnya ketahuilah bahawa ia sememangnya tidak haram.
Kesimpulan:
Allah Subhanahu wa Ta`ala berfirman:
"Alif-Lam-Mim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa." [al-Baqarah 2:1-2]
Setiap individu Muslim yang bertaqwa memerlukan al-Qur'an sebagai kitab yang memberi petunjuk kepada mereka. Petunjuk ini diperlukan pada setiap masa dan tempat, termasuk oleh para wanita ketika mereka didatangi haid. Tidak mungkin untuk dikatakan bahawa ketika haid mereka tidak memerlukan petunjuk dalam kehidupan
sehari-harian mereka. Atas keperluan inilah al-Qur'an dan al-Sunnah yang sahih tidak melarang para wanita yang didatangi haid daripada memegang dan membaca al-Qur'an seperti biasa. Adapun pendapat yang mengatakan ianya haram, ia adalah pendapat yang lemah sekalipun masyhur.
____________ _________ _________ _______
Nota Kaki:
[1] Sahih: Hadis daripada `Amr bin Hazm radhiallahu 'anh, dikeluarkan oleh Ibn Hibban, al-Hakim, Baihaqi dan lain-lain melalui beberapa jalan yang setiap darinya memiliki kelemahan. Namun setiap darinya saling menguat antara satu sama lain sehingga dapat diangkat ke taraf sahih, atau setepatnya sahih lighairihi. Lihat semakan Badri Abdul al-Samad dalam al-Itihaf bi Takhrij Ahadith al-Isyraf `ala Masail al-Ikhtilaf (Dar al-Buhts, Dubai 1999), jld. 1, ms. 77-82.
[2] Ayat yang sama ini juga digunakan oleh mereka yang berpendapat wajib berwudhu' sebelum memegang al-Qur'an, baik bagi lelaki atau wanita. Berdasarkan penjelasan yang sama di atas, dapat diketahui bahawa tidaklah tepat untuk menggunakan ayat ini sebagai dalil wajib berwudhu'. Oleh itu yang benar adalah, boleh memegang dan membaca al-Qur'an sekalipun tanpa berwudhu'.
[3] Demikian juga keterangan beberapa sahabat dan tabi`in sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir al-Thabari dalam Jamii al-Bayan (Dar al-Fikr, Beirut 1999), riwayat no: 25955 – 25970. Lihat juga al-Mawardi - Al-Nukatu wa al-`Uyun (Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut), jld. 5, ms. 463-464.
[4] Dha`if: Hadis daripada `Abd Allah ibn Umar radhiallahu 'anh, dikeluarkan oleh al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Daruquthni dan lain-lain. Ia memiliki 3 jalan periwayatan yang semuanya dha`if. Shaikh al-Albani tidak menjadikannya penguat antara satu sama lain manakala Badri `Abd al-Samad berpendapat ia saling menguat sehingga dapat
diangkat ke taraf hasan (hasan lighairihi). Lihat Irwa al-Ghaleel fi Takhrij Ahadith Manar al-Sabil (Maktabah al-Islami, Beirut), hadis no: 192 dan al-Ittihaf bi Takhrij Ahadith al-Isyraf, jld 1, ms 83-84.
[5] Majmu' Syarh al-Muhazzab (Dar Ihya' al-Turath al-Arabi, Beirut 2001), jld. 2, ms. 123-125 (Kitab Taharah, Bab Apa yang mewajibkan mandi, Bab Hukum terhadap 3 perkara).
[6] Lihat Majmu Syarh al-Muhazzab jld. 2, ms. 267-268 (Kitab Haid, berkata al-Musannif: "Dan dilarang atasnya membaca Qur'an….").
[7] Lihat al-Kasani – al-Bada`i al-Sona`i (Dar al-Kitab al-Arabi, Beirut 1982), jld. 1, ms. 38 (Bab permasalahan adab-adab wudhu').
[8] Sahih: Ringkasan hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim, lihat al-Lu' Lu' wa al-Marjan (Fu`ad Abdul Baqi; Dar al-Salam, Riyadh 1995) – hadis no: 210.
[9] Majmu al-Fatawa (Dar al-Wafa', Kaherah 2001), jld. 26, ms. 191. Lihat juga pembahasan Ibn Hazm dalam al-Muhalla (Dar Ihya' al-Turath al-Arabi, Beirut), jld. 1, ms. 78-85 (Masalah no: 116: Membaca al-Qur'an dan bersujud dan menyentuh mushaf).
Cerita Ummi Wafa (UW) Post a comment (10) Links to this post
Berkenaan Al-Quran, Halal Haram, Wanita
Tuesday, July 7, 2009
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG!
![]()

Got a Twitter? Grab some Free Twitter Backgrounds

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tanggal 7 Julai 2009 genaplah usia WAFA AMIRAH BINTI NIZAM DUA TAHUN. Ya Allah aku bersyukur atas kurnian permata hati yang comel lagi bijaksana, penghibur kami di kala sunyi, pelengkap hidup kami suami isteri. Semoga kamu dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, menjadi anak yang solehah, berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia, memiliki budi pekerti tinggi, cemerlang dunia dan akhirat, hormat orang tua dan berbakti pada agama, bangsa dan negara suatu hari nanti. InsyaAllah....Amin
Siapa sangka berkat anugerah Allah Yang Maha Pencipta..Alhamdulillah..Wafa Amirah kini boleh membaca (buku CEPAT BACA 1 Ameen) dan surah Al-Ikhlas, mengenal huruf alif baa taa - yaa, A sampai Z, 1 - 10, dan petah berbicara. Yang paling mencuit hati Ummi Wafa & Abah Wafa ialah bila Wafa menyanyi dan semua lagu dicampur menjadi satu.. :)
Sempena mengingati hari yang bersejarah dalam hidup Wafa, UW & AB berpakat untuk mengadakan kenduri kesyukuran yang berlangsung sehari sebelum hari jadi Wafa kerana Abah Wafa berkerja pada hari itu. Kepada semua teman yang sudi hadir meraikan dan mengimarahkan lagi majlis, jutaan terima kasih di ucapkan dan kepada teman-teman di Yanbu' yang tidak mendapat jemputan kami jutaan kemaafan kami pohonkan kerana keadaan fizikal rumah kami yang agak sempit dan ruang yang sedikit menyebabkan kalian tidak tersenarai dalam majlis kami. Menu pada malam itu Bihun Tom Yam & Bihun Goreng Singapura.
Belum apa-apa dah dicolek Wafa
Cepat laa sayang potong kek tuu! kawan2 dah tak sabar nak makan tuu
Betul ke potong mcm ni Ummi?
Oppss! gambar curi! meeting apa yer?
Antara yang hadir.. dr kanan Kak Dida, Kak Yan & anak2, Kak Zakiah & anak, Kak Milah & anak, Kak Za & anak2, berdiri Kak Ira. Kak Erah mana yer?
Penat ya birthday's girl..
Keesokan hrnya, slps abah pulang dr keje.. celebrate dekat chinese food restaurant As-Semairi
Adik nak makan sendiri laa...
Aik?? Kenapa makan tangan kiri.. dah selalu menulis tangan kiri pegang sudu pun tangan kiri..
Cerita Ummi Wafa (UW) Post a comment (0) Links to this post










