Begitu pantas masa berlalu, tanggal 151009 genaplah 6 purnama kehidupan Ummi Wafa dan Wafa bersama Abah Wafa di Arab Saudi. Sepanjang kehidupan kami sekeluarga di bumi barakah, pelbagai peristiwa telah berlaku antaranya pertama kali menunaikan umrah ketiaka berpuasa, berpuasa di perantauan dan berhari raya tanpa sanak saudara di sisi.
Rasa teruja untuk merasai sambutan Ramadhan di Kota Mekah tidak dapat dibendung lagi setelah Abah Wafa mengkhabarkan berita gembira ini seminggu sebelum berakhirnya Ramadhan 1430H, girang tak terkata dan bersyukur sangat padaMu Ya Allah kerana masih ada lagi ruang untuk kami di sana walaupun tugasan kerja Abah Wafa sememangnya padat. Kunjungan UW kali ini bersama dengan keluarga Kak Milah & Abg Zack. Kami bertolak dari Yanbo' pada pukul 10.30pagi 18Sept09 bersamaan 28 Ramadhan 1430H dan tiba di Tanah Haram pada pukul 2.30ptg. Kami target untuk selesaikan rukun umrah sebelum masuknya waktu Maghrib. Namun memandang jemaah yang begitu ramai dan padat, terpaksalah UW bergilir2 melakukan tawaf tanpa mendukung Wafa bersama. SubhanAllah, banyaknya hambaMU mengambil peluang dalam pecutan terakhir ini, hampir sejam untuk UW dan Kak Milah tamatkan 7 pusingan. Alhamdulillah, walaupun tawaf ketika mentari masih condong di kepala, sedikit pun tidak rasa penat atau pun haus. SubhanAllah, sungguh nikmat saat itu. Aku ingin kembali lagi dalam suasana itu.
Saat menunggu Ummi dan Ibu melakukan tawaf umrah
Chakk, nak air zamzam tak?
Selesai melakukan tawaf kami ke Bukit Safa untuk melakukan ibadat Saei. Sepanjang laluan dari Safa ke Marwah ramai dermawan-dermawan yang berhati mulia menghadiahkan pelbagai jenis kurma dan roti untuk hidangan berbuka nanti. Begitu banyak sekali kotak-kotak dan plastik-plastik besar yang tersusun di tepi dinding menanti untuk dihadiahkan kepada jemaah. SubhanAllah, indah sungguh permandangan itu. Tidak ketinggalan juga ada yang sudi dengan sukarela terpacak berdiri memegang kotak-kotak tisu bagi menghadiahkan kepada jemaah tanpa sebarang bayaran. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Bagi anak2 kecil seperti Wafa dan Mia pasti saja mendapat hadiah gula-gula dan cokelat bar yang sememangnya menjadi kegemaran mereka. Ada juga segelitir jemaah yang berebut-rebut ketika cuba mendapatkan makanan yang diberikan. Astagfirullah, kenapa perlu berkeadaan sebegitu rupa? bukankah kalian berpuasa? andai ada secalit rasa sabar pasti kelakuan mereka tidak seperti kanak-kanak kecil yang berebut-rebut untuk mendapatkan gula-gula.
Ketika Saei'- pusingan ke 4 belum tamat terpaksa berhenti untuk berbuka puasa
Hanya tiga biji tamar dan air zamzam sudah memadai untuk kami berbuka.
Ketika pusingan ke 4 Dari Marwah ke Safa sebelum tiang-tiang hijau, waktu berbuka berbaki 10minit lagi. Kami mencari ruang-ruang kosong untuk kami bertapak, alhamdulillah masih ada untuk kami. Walaupun laungan muazzin telah berkumandang Kak Milah masih lagi mencari air zamzam untuk kami berbuka, sementara UW menjaga anak-anak. Ada sedikit kecewa di raut wajah Kak Milah, bilamana air zamzam ada cuma cawan tiada. Kami hanya tersenyum sementara menanti abah wafa dan ayah Mia mencari tempat kami berhenti. Sebenarnya kami tidak berpeluang untuk menerima sumbangan hadiah-hadiah di "jalanan' tadi, kerana kami fikir untuk menyelesaikan rukun yang lebih wajib lagi dan tidak mahu berasak-asak dan berebut-rebut untuk sepeket kurma atau roti kerana kami yakin masih ada lagi rezeki kami yang Allah sediakan. Syukur, alhamdulillah, masih ada lagi jemaah di belakang dan di depan kami yang sudi berkongsi nikmat yang Allah s.w.t untuk seteguk air zamzam dan beberapa biji buah tamar buat kami apabila mereka sedar yang kami belum menjamah apa-apa makanan atau minuman. Semoga Allah membalas atas segalanya.
Selepas siap Rukun Umrah, makan di Dsaji
Waktu renggang berbuka dan solat maghrib tidak lama, lebih kurang 15-20minit. Setelah selesai solat Maghrib berjemaah kami meneruskan ibadat saei dan tahalul. Kemudian kami ke Dsaji untuk mengalas perut bagi menambahkan sedikit tenaga untuk kami menunaikan Terawih terakhir untuk tahun ini. Namun, sangat mendukacitakan bilamana azan Isya' berkumandang kami masih lagi mencari-cari saf untuk solat berjemaah. SubhanAllah, lautan manusia di dataran Haramain. Hendak membolosi pintu-pintu masjid sememangnya sudah terhalang oleh pegawai-pegawai yang bertugas. Bila iqamah dilaungkan kami terpaksa membuat saf 'terlarang' yang mana di luar garisan merah @ di jalan-jalan utama laluan jemaah. Selesai sahaja imam memberi salam semua jemaah di dalam saf-saf 'terlarang' dihalau oleh pegawai. Kami terpaksa bergegas lagi mencari-cari ruang dan saf untuk bertarawih, masih mencuba nasib untuk membolosi pintu utama. Terkedu dan menitis airmata UW bilamana 3 orang makcik dalam linkungan 50an-60an yang membuat saf 'terlarang' di tepi pintu masuk jatuh tergolek saat sejadah yang dibentangkan mereka disentap oleh pegawai yang bertugas. Salah seorang daripada mereka ada yang tersembam muka dan dagu ke lantai. Astagfirullah. Sebenarnya pegawai itu sudah berkali-kali melarang mereka agar tidak bersolat di situ, oleh kerana kedegilan mereka tidak menuruti arahan maka padah yang diterima. Dimanakah hilangnya sifat perikemanusian? Siapakah yang patut dipersalahkan.
Suasana sebelum solat Isya' terakhir Ramadhan 1430H
Permandangan dari Dsaji Restoran selepas menyambut kemenangan Ramadhan 1430H
Walaupun kemeriahan dan sambutan Aidilfitri tidak sehebat dan semeriah di Malaysia, tapi kami sekeluarga tetap bergembira dipagi 1 Syawal yang julung-julung kalinya disambut di Tanah Haram bersaksikan kiblat umat Islam seluruh dunia. Kebetulan hari sebelum 1 Syawal dan selepas itu jatuh pada hari cuti bekerja Abah Wafa, jadi kami berpeluanglah untuk meraikannya bersama hampir 7 juta (laporan akhbar Saudi) jemaah yang beriktikaf di Haramain pada Ramadhan 1430H tahun ini.
Dari kiri AbahWafa, Cik Lie, Ayahanda, Bonda, UmmiWafa, Wafa, Kak Milah dan Mia
Dari kiri Abg Zack,Bonda,Ayahanda,Cik Lie dan AbahWafa
Bersama bonda berlatar belakangkan Haramain dari tingkat 21
Sesuatu yang tidak dirancang dan tidak direncanakan terjadi pada malam yang penuh syahdu bersaksikan kiblat yang satu dan di bawah bumbung yang satu, yang mana UW terlah bertemu dengan pemilik blog Pengalaman Di Kota Mekah iaitu Cik Lie serta 1st blogger oldtimer AyahandaBonda yang cukup ramah dan mesra di 'rumah' Cik Lie iaitu di Hotel Safwah Royale Orchid. Setiap tutur kata dan gelak tawa mereka mengingatkan UW pada ibu dan ayah serta mertua di Malaysia, jelas diwajah mereka terpancar kasih sayang seorang ibu dan ayah yang sangat kami rindui selama ini. Walaupun pertemuan kami hanya untuk seketika cuma, tapi ianya sangat signifikan dan memberi seribu makna buat UW sekeluarga kerana hubungan itu masih utuh setelah ayahandabonda menobatkan kami sebagai anak angkat mereka. Semoga ukhuwwah wa mawaddah yang terjalin antara kita akan tersimpul padu dan mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa. InsyaAllah. Terima kasih Cik Lie kerana sudi menjemput kami bertandang ke rumah pada malam umat Islam menyambut kemenangan Ramadhan :D, moga kunjungan UW sekeluarga seterusnya nanti untuk bermalam di "Rumah Besar" Cik Lie. Hihihihi kena tunggu ada offer laaa yer Cik Lie. Ada ker? hahaha
Seawal 3.30pagi kami telah bersiap untuk ke Masjidil Haram untuk bersolat Subuh dan solat sunat Eidulfitri sejam selepas Subuh bagi mencari ruang di dalam masjid jika terlambat terpaksalah bersembahyang di dataran luar yang sememangnya telah dipenuhi oleh jemaah, Alhamdulillah masih ada sedikit ruang untuk kami di dalam masjid. Kesihan Wafa, waktu tidurya sudah tidak menentu. Sudahlah balik ke bilik pada malam yang penuh syahdu tuu hampir jam 12mlm, mata baru saja nak terlelap Ummi dan kejutkan untuk bergegas ke masjid. Semoga Allah s.w.t juga melimpahkan jutaan rahmat buat anakku yang terpaksa berkorban waktu tidur dan waktu mainnya untuk sama-sama beriktikaf di dalam masjid. SubhanAllah.
Persiapan menyambut kemenangan Ramadhan kali ini sangat sederhana dan UW tidak perlu lagi fikir tentang aneka jenis kuih-muih (duk mesia tak pernah buat pun, beli jer), baju raya tema warna apa @ berapa pasang, perabot baru ker, tukar langsir baru ker dan yang seangkatan dengannya. Itu semua tiada dalam diari sambutan raya di perantauan. Hanya baju baru untuk si anak bertuah sahaja yang kami belikan, supaya Wafa dapat menikmati suasana raya walaupun dia sebenarnya masih tidak mengerti apakah itu hari raya, yang pastinya setiap kali hendak pakai baju itu pasti yang terkeluar dari mulutnya "ini baju raya Wafa".Bersarapan dipagi Syawal sebelum menziarahi teman2 yang bermastautin di Mekah
Get ready to check out
Walaupun berpagi raya bukan di kampung halaman, kami semua tetap menikmati aneka juadah yang biasanya terhidang dimeja walaupun tak sama tapi rasa tuu tetap ado. Hotel Muhajirin (kawasan 'masjid kucing') tempat kami bermalam juga menyediakan juadah-juadah yang menepati citarasa rakyat Malaysia antaranya masak lodeh, nasi impit, kuah kacang, mee hoon goreng, nasi lemak, dodol, agar-agar, air sirap, etc. Terima kasih buah suami Kak Ejalz iaitu Cik Amie yang sudi tempah bilik2 hotel untuk kami sekeluarga dan keluarga Kak Milah & Abg Zack. Kalau tanpa bantuan Cik Amie pasti agar sukar untuk kami mencari bilik-bilik hotel di akhir2 Ramadhan yang sememangnya mahal dan agak sukar untuk mendapatkan bilik2 pada waktu kemuncak begini. Di rumah Kak Ila; Dari kiri Kak Rini&anak, Kak Ila, Kak Ija, Kak Ros, Wafa&UmmiWafa, Mia&Kak Milah, Isma
Kaum-kaum ayah di rumah Hj.Khuzz (duduk dari kanan)
Di rumah Kak Niza & Abg Azam, bersama emak dan ayah Abg Azam yang datang buat umrah dan menyambut raya di Mekah
Sebelum meninggalkan Tanah Haram, kami sempat menziarahi dan berhari raya di rumah teman2 yang baru kami kenali dan ketemui di Dsaji. Terima kasih buat Kak Niza & Abg Azam sekeluarga dan Kak Ila & Hj.Khuzz sekeluarga atas jemputan dan juadah yang disediakan. Pelbagai juadah yang enak terhidang buat kami dan teman-teman yang lain antaranya nasi dagang, rendang, nasi impit, kuah kacang, aneka kuih raya, nasi minyak, masak lodeh, dan macam-macam lagi. Selain dapat menjamu selera, UW juga dapat mengenali teman-teman baru yang tinggal di Mekah dan Jeddah antaranya Kak Ija, Kak Ros, Kak Rini, Isma. Semoga jalinan persahabatan yang terbina ini akan kekal buat selamanya. Memang puas hati laa sambutan raya di Mekah Al-Mukarramah. Semoga tahun depan kami diberi lagi peluang untuk berhari raya di sana. InsyaAllah.
Sempena meraikan kehidupan kami sekeluarga selama 6 bulan di Arab Saudi, UW sekeluarga bersama keluarga Kak Zah & Abg Malek telah menunaikan umrah buat sekian kalinya pada 13 Oktober 2009. Sangat seronok dan begitu nikmat sekali melaksanakan Rukun Umrah pada saat dan waktu renggang antara Syawal dan Zulkaedah, yang mana tiada kunjungan jemaah dari luar Saudi. Berpeluang mengucup Hajar Aswad dengan begitu mudah hanya beratur untuk 2-3 minit sahaja, dapat berdoa di depan Multazam dgn jarak 2 kaki sahaja dan berpeluang solat di Hijir Ismail tanpa perlu berebut-rebut. Nanti Ummi Wafa sambung lagi cerita2 menjadi tetamu Allah dalam waktu yang sangat indah ini...
Saturday, October 17, 2009
Sudah Enam Purnama
Berkenaan Eidulfitri, Mekah, Sahabat, Umrah, Ziarah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)











10 Indahnya Kata-kata:
Salam anaknda,
Memang Allah mempertemukan ayah/bonda dengan anaknda semua.Jadi janganlah mempersia2kan kenalan kita.Itu anugerahNya.
Seribu kenalan masih sedikit.Seorang musuh cukup banyaknya.
Wassalam.Ayah/bonda panjatkan doa utk seisi keluarga.
Salam ayah,
Sememangnya anugerah yang sangat berharga yang tiada nilainya. Saat kami berjauhan dengan orang tua kami, ayahanda bonda hadir untuk mengisi ruang rindu itu. Terima Kasih. Semoga kekal abadi. InsyaAllah
Wassalam
salam UW ..
seronok dpt baca N3 bkisahkn tanah haram tu , tp sedih sikit bila smpai part kekasaran tu yer ,kenapa peraturan tu tak diikut kan, jd tpaksa tanggung risiko sendiri pula.
seronok dpt jumpa CL dan AYAH/BONDA di sana , ummi pula dpt jumpa rakan2 dr blog PDKM.
semoga ceria selalu.
Salam UW,
Sebenarnya dulu AZ tidak berapa minat membaca blog UW kerana backgroundnya yang mengacau mata. Hari ini sambil buat kerja, saja buka blog UW kerana UW selalu singgah umah AZ, Subhana Allah rupanya teknik blog UW memang penuh tipu helah. Akhirnya background yang mengacau tadi menjadi cerah dan memudahkan pembacaan. Seronok membacanya dan paling sedih apabila mencerikan mereka yang tersembam ke bumi kerana dikasari oleh pengawal itu.
Moga Allah mengampuni pengawal itu.
Semoga UW sentiasa mendapat keberkatan Allah. Kalau ada masa dan rezeki kita akan berjumpa. Hanyaa masa dan Allah yang menentukannya
Salam Ummi Humaira
Terima kasih untuk kunjungan yang sekian kalinya, baru UW ingat yang mana sblm ketemui UH di karpet PDKM, UW pernah memasuki 'rumah' UH melalui 'rumah' (Kasih Rizhad) teman seperjuangan UW di Yanbo' nie, yang pasti UH memang mengenalinya.
Kalau yang membacanya pun sudah merasai kesedihan itu, inikan pula mata yang sendiri menyaksikan. Saat itu fikiran terus teringat akan emak di kg bagaimanalah kalau yang terjatuh itu adalah emak kita. Kolam air mata sudah tidak dapat disekat2 lagi, akhirnya mengalir jua.
Memang seronok dapat berjumpa CL & AyahandaBonda di Tanah Haram, mereka semua baik hati. Semoga Allah melimpahkan rahmat buat CL, kerana PKDM yang menyatukan kita semua. Moga suatu hari nanti dapat bertemu UH jua di tanah barakah ini. InsyaAllah
Wassalam
Salam Ayah Zain,
Terima kasih kerana sudi bertandang ke rumah yang sememangnya berhabuk dan bersawang :D lain kali bawalah vacum senang sikit habuk2 tuu tak masuk dlm mata..hihihihih gurau jer.
Sekali lagi terima kasih kerana N3 yang tak seberapa ini menghiburkan hati AZ. Sebenarnya UW nie liat sikit nak mengarang nie.. nak buat sikit2 tu tak reti. InsyaAllah, moga untuk masa2 yang akan datang jemari ini boleh menari dengan lebih rancak lagi supaya boleh menghiburkan hati tetamu di rumah UW ni.
Siapa sangka, berkah kunjungan ke rumah PKDM menambahkan lagi jumlah teman-teman maya UW, semoga ukhuwwah nie jua akan bertamu di Haramain. InsyaAllah.
Wassalam
Salam ukhwah untuk ummi
Peluk cium for ur 2 little angel...
Take care dan rebut segala peluang ketika berada dibumi barakah...
salam persahabatan dari CM..
bahagianya hidup kamu:)
Kalau diberi peluang saya juga ingin hidup di Saudi, boleh selalu ke tanah suci!
Salam UW,
apa khabar? Semoga umi sekeluarga sentiasa dalam perlindunbgan dan rahmat Allah.
Post a Comment